"HARGA TETAP DAN BERPATUTAN"
**TIDAK TERMASUK KOS POS KECUALI DINYATAKAN**

PENTING !!! MOHON DIBACA

♥♥ Harga produk,seperti tertera.Tidak termasuk kos pos kecuali dinyatakan.Kami juga TIDAK TERLIBAT dengan promosi yang dijalankan oleh mana-mana pembekal atau stokis yang menjual produk yang sama.Ini disebabkan agen menjual dengan harga runcit yang ditetapkan.Modal dan keuntungan kami berbeza :).

♥♥Di blog ini terdapat pelbagai jenis tudung dan berlainan pembekal.Jadi mohon pelanggan yang dikasihi memahami sekiranya bayaran pos dikenakan 2x sekiranya memilih tudung yang berlainan jenis.Pihak kami tidak menyimpan semua stok.Hanya sebilangan saja.

♥♥Mohon ribuan maaf,jika lambat respon.Bolehwasap/sms 012-3634769(LIZA) terus untuk lebih cepat..WAHM(Work At Home Mom) ada kala tak dan nak settle down semua dalam masa yang sama.Insyallah,try entertain yang terbaik ye..

Kepada para pelanggan diharap dapat membuat pembayaran segera setelah tempahan disahkan ada ye..Reserved 48 jam sahaja dan automatik dibuka semula untuk jualan.Tudung-tudung cepat sold out..Sekiranya ada masalah.atau ingin buat bayaran lewat,maklumkan segera.

Sila baca penerangan mengenai tudung sebelum membeli.Boleh bertanya sekiranya ragu2.Terutama jenis kain,saiz,labuh,besar,warna dan sebagainya.








Tuesday, June 7, 2016

JENIS KAIN TUDUNG ATAU SHAWL

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MATERIAL LYCRA,DECOT & MOSS CREPE


Untuk makluman Cik Puan yang kami hormati, soal 'LEKAPAN' ini adalah salah satu kriteria yang kami tetapkan dalam pemilihan material kain. 

1. LYCRA - Lycra yang kami gunakan lebih tebal dari biasa. Material ini kami hanya gunakan untuk dibuat Shawl yang mana kelebihan Shawl ialah selepas dipakai samada ia boleh menjadi 2 Lapis ataupun terbentuk Scallop di bahagian hadapan.

Faktor lekapan : Sangat kurang atau terus tiada bagi Fizikal Kecil dan Sederhana. Tetapi Faktor Lekapan tetap ada bagi yang fizikal besar.
 * Mohon Take Note Cik Puan yang mempunyai Fizikal Besar ya

 2. DECOT(DENIM COTTON) - Kain ini sangat Istimewa. Kenapa ya kami katakan istimewa? Kerana sudahlah printing warna plain di badannya sangat cantik tetapi ianya juga lebih tebal dan sejuk. Cukup selesa bila memakainya. kain ini sesuai dibuat Ezy Zaira dan Tudung.

Faktor lekapan : Tiada terus bagi yang fizikal kecil atau sederhana tetapi bagi yang mempunyai fizikal besar, faktor lekapan masih ada tetapi sangat kurang 

3. MOSS CREPE : Inilah kain yang menjadi pilihan pelanggan- pelanggan kami sejak akhir-2 ini. materialnya yang sejuk, selesa dan lebih tebal tetapi ianya tetap ringan dan begitu sesuai untuk dipakai di mana- mana sahaja.

Tekstur di badannya nampak eklusif Kami yakin kain ini akan menjadi pilihan muslimah bertudung labuh sekurang- kurangnya untuk 2 tahun akan datang. Kain ini kami khaskan hanya untuk dibuat shawl sahaja.

Faktor lekapan : Tiada terus bagi yang fizikal kecil atau sederhana tetapi bagi yang mempunyai fizikal besar, faktor lekapan masih ada tetapi sangat kurang Kami berikan pilhan untuk Cik Puan.

4.COTTON DENIM: Material sejuk,lembut,sederhana tebal dan selesa.Mudah diurus.

Faktor lekapan:Tiada terus bagi yang bertubuh kecil atau sederhana.Tetapi yang berfizikal besar lekapan masih ada.Namun begitu boleh dikurangkan dengan membuat scallop.

Buatlah pilihan yang terbaik Jika ditanya kenapa kami masih keluarkan Shawl dari kain lycra ialah kerana permintaan masih tinggi dari Muslimah bertudung kecil dan sederhana.

Harganya pun lebih murah dan mampu milik Yang mempunyai fizikal besar pilihlah dari meterial DECOT dan MOSS CREPE ya.

Tak perlu mengharap Lycra yang tidak melekap kerana secara teknikalnya, material di dalam lycra itu mmg ada sedikit suction atau sedutan yang menjadikan ianya melekap.

faktor potongan kain lycra juga antara penyebab menampakkan tubuh badan. cara mudah buat scallop atau tutup dengan selendang ;)
Semoga dapat membantu :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Nuffnang Ads